Ads Here

Friday, 17 July 2020

5 Tempat Percutian Yang Menarik Di Terengganu




Hai, semua apa kabar. 
Saya yakin apabila kerajaan mula umumkan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) pasti ramai antara anda sudah mula merancang untuk pergi bercuti ke tempat-tempat menarik di dalam negara kita.


Sudah pasti pada waktu ini masing-masing sudah mula terbayangkan lokasi percutian yang selama ini anda idam-idamkan. Mana tidaknya, setelah hampir tiga bulan kita tidak boleh pergi bercuti dan tidak boleh pergi ke mana-mana, sudah pastinya pada waktu sebegini ramai yang akan menggunakan peluang yang telah di berikan ini untuk pergi bercuti dan melepaskan tekanan.

Terengganu Kaya Dengan Tempat Percutian Yang Sangat Menari

Salah satu pusat percutian yang menjadi pilihan ramai ialah Terengganu. Sebab apa Terengganu??

Terengganu adalah salah satu negeri yang sangat kaya dengan bermacam destinasi percutian yang sangat menarik. Terengganu bukan sahaja menjadi tempat penetasan penyu tetapi juga Terengganu mempunyai lokasi percutian yang wajib anda kunjungi tidak kiralah sama ada berseorangan, bersama rakan-rakan atau dengan keluarga.

Jadi, pada kali ini Usop nak berkongsi dengan para pembaca semua 5 Tempat Percutian Yang Menarik Di Terengganu. Antaranya ialah:

1-Pulau Redang
Percutian Terengganu
                                                                    Kredit: Google

siapa yang tidak kenal dengan Pulau Redang, ia adalah salah satu pulau yang wajib kita lawati sewaktu kita hendak bercuti ke Terengganu. Mana tidaknya, dengan airnya yang jernih serta permandangan yang sangat menarik. 
ia sangat sesuai untuk mereka yang mahukan ketenangan dan juga sangat sesuai untuk mereka yang baru lepas berkahwin untuk berbulan madu. Saya yakin sesiapa yang bercuti di sini pasti akan merasa sangat seronok dan sudah pastinya akan meninggalkan satu memori yang sangat indah buat anda.

2-Bukit Besi Endurance Park
Percutian Terengganu
                                                                        Kredit: Google

Bagi anda yang gemarkan aktiviti yang lasak, anda patut pergi ke Bukit Besi Endurance Park. Di sini anda boleh mencuba bermacam aktiviti lasak yang terdapat di sini. Antaranya, jungle trekking, berkayak, Motorcross, ATV dan juga wind surving. Tapi dalam banyak-banyak aktiviti yang ada di sini, saya lebih sukakan aktiviti motorcross dan ATV. Saya merasakan anda yang penggemar aktiviti yang lasak patut mencubanya. Nak tahu sebab apa anda patut mencubanya?
Ini kerana, trek untuk TV dan motorcros sangat mencabar. Ia mempunyai permukaan yang berlumpur dan berbukit yang mana boleh membuatkan anda merasa benar-benar mencabar dan sangat lasak.

3-Kampung Losong
Percutian Terengganu
                                                                     Kredit: Teganukita.net

Apabila bercuti ke Terengganu tidak sah kalau kita tidak mencuba keropok lekor Terengganu yang sangat sedap. Tidak hairanlah jika keropok lekor Terengganu sangat terkenal sama ada kepada pelancong dari dalam atau dari luar negara. Justeru itu, bagi anda yang sangat menggemari keropok Terengganu, anda patut singgah ke Kampung Losong apabila bercuti di Terengganu. 
Di sinilah lubuk kepada keropok lekor yang sangat terkenal di Terengganu. Bukan itu sahaja, selain dari menjadi lubuk keropok lekor, Kampung Losong juga tidak jauh dari Kuala Terengganu dan terletak berdekatan dengan lokasi tarikan lain seperti Taman Tamdun Islam dan Muzium Negeri Terengganu

4-Pusat Santuari Penyu Rantau Abang
Percutian Terengganu
                                                                   Kredit: Google

Selain dari Kropok lekor, Terengganu juga sangat terkenal dengan penyu. Disebabkan ituah, wujudnya Pusat Santuari Penyu yang terletak di Rantau Abang. Di sini, anda anda dapat mengenali habitat dan juga pelbagai jenis spesis penyu yang terdapat di negara kita. bukan itu sahaja, kita jug adapat menegenali penyu-penyu yang semakin pupus pada masa kini. Dalam pada masa yang sama bagi anda yang membawa anak, inilah masanya untuk anda memperkenalkan kepada anak anda tentang spesis penyu yang ada di negara kita. 

5-Pasar Payang
Percutian Terengganu
                                                            Kredit: Google

Apabila pergi bercuti sudah pastinya anda mahu membeli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan dan untuk dihadiahkan kepada orang yang rapat dengan kita. Jadi, saya sarankan untuk anda singgah ke Pasar Payang. Pasar Payang sangat terkenal di dalam Terengganu dan di negara kita. Setiap pelancong yang bercuti di Terengganu pasti akan singgah ke Pasar Payang. Ini kerana, di Pasar Payang ini anda dapat membeli bermacam jenis barangan tempatan, seperti makanan Terengganu, Kraftangan, dan juga cenderamata. Senag kata memang tidak lengkaplah percutian anda di Terengganu ini kalau tidak berkunjung ke Pasar Payang ini. 





17 comments:

Atul Hamid said...

Wah menariknya kat Terengganu. Banyak tempat best² ya. Atul suka sangat keropok lekor Terengganu. Sedap sangat. 😍

ajumohit said...

memang seronok ke terengganu, banyak tempat percutian dan tempat makan yng best-best

Yusuf Ahmad said...

@Atul Hamid kerpok lekor Terengganu tu mmg feverite saya tu

Yusuf Ahmad said...

@ajumohit Kannn rasanya kalau bercuti 3 hari 2malam dekat Terengganu mmg tak cukuplah untuk melawat semua tempat menarik

Ooh Deo said...

terengganu teringin nk pegi puau lang tengah..

Abam Kie said...

satu je terkilan sbb x gi lagi ke Pulau Perhentian. Hok lain gi doh. Salam dari Abam Kie Biters. Done follow your blog. TQ.

Sembang Teh said...

Nak kena pergi ni

Mardhiyyah Rosli said...

Sama macam abam kie, saya punya travel wish list ialah Pulau Perhentian. Ramai kawan yang recommend keindahan pulau ini. So, Pulau Perhentian mungkin destinasi travel yang seterusnya..

Yaya Azura said...

No. 3 tu setiap hari lalu. Jalan balik rumah. Hihi

Slumber Lady said...

Pulau redang tu dah lama teringin. Tapi skrg anak2 kecik. Tak seronok
. Kena tungga besar sikit.

Mrs Pip said...

Hope one day dpt pergi Pulau perhentian.

Zaza Azman said...

Kita kalau g terengganu mmg pi cuti pulau2 la.. Sana cantik2 indah ciptaan Allah. Makanan pun mcm biasa la faveret nasi dagang.. Hahaha rindu nya bcutiii

Marina Bashah said...

No 3,4,5 tu pnah pegi. Pulau redang dalam wishlist.suka gi terengganu terutamanya pulau sebab airnya cantik

Ai said...

Pulau kat Terengganu best!

Illya LeYa said...

Terengganu memang banyak tempat menarik. LeYa sendiri pun masih ada yg belum singgah. Haiii...salam kenal dari Blog LeYa..

ray said...

alright boleh update list ni.

Kak Wawa said...

Terengganu negeriku