Ads Here

Sunday, 3 May 2020

5 Resepi Kuih Yang Sedap Dan Menyelerakan Sepanjang Bulan Ramadhan




Syukur Alhamdulillah sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan Rmadhan yang penuh mulia. Bila masuk je bulan Ramadhan antara perkara yang bermain di fikiran para ibu sudah tentulah menu berbuka puasa. Pada waktu ini pasti para ibu sudh mula membuat perancangan menu pa yang hendak mereka sediakan.

Salah satu menu yang menjadi pilihan ialah kuih tradisional. kuih antara juadah utama yang akan di cari di bazaar Ramadhan di seluruh negara. Namun begitu, disebabkan pada tahun ini kita kita menyambut bulan Ramadhan dalam perintah kawalan pergerakan PKP, seluruh baazar terpaksa di tutup. Justeru itu, ramai yang mengambil inisiatif untuk membuat sendiri kuih yang mereka gemari.


Jadi, pada kali ini saya hendak berkongsi dengan anda 10 resepi kuih yang sedap dan menyelerakan sepanjang bulan Ramadhan. 



1-Kuih Nona Manis

Bahan A
1 cawan tepung
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cubit garam
1 biji telur
Cara penyediaan bahan A
Campurkan semua bahan A ke dalam sebuah periuk. Kemudian buka api dalam keadaan sederhana dan kacau ke semua bahan tersebut. Pastikan anda kacau inti santan ini selalu untuk mengelakkan dari inti tersebut berketul. Kacau sehingga inti tersebut pekat, kemudian matikan api dan letak di tepi dahulu.

Bahan B
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
Cara penyediaan bahan B
Campurkan semua bahan B ke dalam periuk. kemudian kacau sehingga sebati.dengan menggunakan api yang sehingga pekat. kemudian tutup api.
Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.Boleh juga menggunakan blender jika mahukan adunan lebih sebati.

Bahan C
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus

Cara penyediaan bahan C
Satukan semua bahan C ke dalam satu bekas dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana, dan kacau hingga ia pekat. Kemudian, biarkan bahan c sejuk dan kemudian masukkan ke dalam piping bag.

Cara Membuat Kuih Nona Manis

1-Panaskan dahulu periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 
2-kemudian, balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
3-Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
4-Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. 
5-Kemudian paipkan pula adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
6-Susun dalam pengukus dan kukus selama 7-10 minit
7-Kemudian, keluarkan dari kukus dan sejukkan kuih nona manis anda dan sedia untuk di makan. 

2-Kuih Tepung Pelita

Bahan-Bahan Untuk Bahagian Hijau
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah
  • 4 cawan air
  • Pewarna Hijau
Cara-Cara Membuatnya:
1-Isikan 1 sudu gula ke dalam setiap bekas acuan (Bekas acuan boleh menggunakan tupperware plastik atau daun pandan)
2-Selepas itu, satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk. Kacau ke semua bahan tersebut sehingga sebati. Pastikan masak dengan menggunakan api sederhana. Kemudian, kacau ke semua bahan tersebut sampai pekat selama 10-15 minit.
3-Selepas ke semua bahan tersebut siap di masak kemudian, letakkan ke semua adunan tersebut ke dalam bekas acuan yang telah anda isikan gula tadi.

Bahan-Bahan Untuk Bahagian Putih
  • 4/5 sb tepung beras
  • 200-250 ml santan kotak
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara Membuatnya:

1-satukan semua bahan untuk bahagian putih ke dalam periuk. Kacau ke semua bahan tersebut sehingga sebati. Pastikan masak dengan menggunakan api sederhana. Kemudian, kacau ke semua bahan tersebut sampai pekat selama 10-15 minit.
2-Selepas siap di masak anda boleh tuang teruk ke atas lapisan hijau yang telah anda letakkan tadi.
3-Sedia di makan panas-panas ataupun anda boleh sejukkan dahulu kuih tepung pelita anda.

3-Apam Seri Ayu

Bahan-Bahan Yang Di Perlukan:
  • 3 biji telur
  • 240g gula
  • 240 ml santan atau susu segar
  • 1 sdm jus pandan
  • 270gtepung gandum
  • 1 sdt ovallate
  • 1sdm tepung kanji
  • 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja)
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya:
  1. Telur dikisar bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum,kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan kukusan dan sapu rata minyak pada acuan.
  4. Gaul rata kelapa dan garam.
  5. Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan dan tekan hingga padat.
  6. Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.
  7. Kukus hingga masak anggaran selama 15 minit lalu keluarkan daripada acuan.
  8. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Daily Makan

4-Kuih Badak Berendam

Bahan-Bahan Yang Di Perlukan:
  • 1⁄2 bungkus tepung pulut
  • 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
  • 1⁄2 biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara Membuatnya:
  1. Masak kelapa parut bersama dengan gula merah dan masak sehingga menjadi inti.
  2. Kemudian, panaskan kukusan.
  3. Sementara hendak menunggu kukusan menjadi panas, uli tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Selepas itu, bentukkan doh supaya menjadi bulat­ dan isi inti ke dalamnya. Selepas doh tersebut siap asingkan doh tersebut.
  5. Setelah itu kukus hingga masak.
  6. Sementara itu, masukkan santan, air, santan dan tepung beras yang telah di bancuh ke dalam sebuah periuk. Selepas itu, masak sehingga menjadi pekat dan jangan lupa untuk meletakkan gula dan garam secukup rasa.
  7. Letakkan doh yang telah diisi inti kedalam bekas dan tuangkan santan di sekelilingnya.
  8. Biarkan sejuk
  9. Sedia untuk dihidangkan.
5-Kuih Lapis

Bahan-Bahan Yang Di Perlukan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
4 cawan santan 
(1 cawan santan pekat campurkan bersama 3 cawan air)
1/4 sudu teh garamSedikit pewarna merah dan perisa ros

Cara-Cara Membuatnya:

1-Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
2-Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.
3-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 1200ml bater) bahagi kepada 600 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
4-Masukkan loyang yang telah di sapu sedikit minyak ke dalam kukusan. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
5-Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. Boleh tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.
6-Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Boleh dihidangkan.

12 comments:

Kak Wawa said...

sedapnyaaa semua kuih2 ni.

LampuHijau said...

Ondeh-ondeh dengan seri muka jangan dilupa

kisah si dairy said...

Semua kuih diatas my pebret.. Terasa nak buat pulak hari ni

Nurulatika Yunus said...

Waa.. Hanya 2 jenis kuih ja yg sy pernah buat.. Yg lain belum pernah cuba lg.. Nice sharing 😊

Kak Wawa said...

kuih lapis paling suka dulu, bila makan bukan 1 lapis 1 lapis.

sHaRiNa said...

sng ja nak buat resepi ni, nnt nak buat untuk berbuka puasa..tq sharing resepi

Mardhiyyah Rosli said...

Antara 5 Resepi tu, saya dah buat tepung pelita..

Yusuf Ahmad said...

tq semua sebab sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ini....tq juga sabab bagi sokongan

Mimie said...

Nanti bak try buat kuih lompang tu. Nampak sedap

ray said...

sedapnyaaa

Riyan Laiyan said...

Assalamualaikum..

Memang kelihatannya sedap itu...

Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...

Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

Terima kasih sekali lagi..ya

aaaa said...

Nice