Ads Here

Saturday, 9 November 2019

Tips Membeli Kereta Terpakai Agar Tidak Ditipu Oleh Sales Man


Tips Membeli Kereta Terpakai Agar Tidak Ditipu Oleh Sales Man




Kereta adalah keperluan yang diperlukan pada masa kini. Dengan adanya kereta kita dapat berlindung dari hujan dan panas. Namun begitu, hendak membeli kereta bukanlah satu proses yang mudah, bermacam perkara yang ada perlu ambil kira terutamanya gaji. Adakah gaji anda mencukupi untuk membeli sebuah kereta baru? Jika tidak pilihan yang ada ialah dengan membeli kereta terpakai. Tapi beli kereta terpakai pula banyak masalah lagi-lagi kalau dapat sales man yang menipu.
Haa jangan risau saya kongsikan dengan anda tips untuk membeli kereta terpakai supaya anda tidak ditipu oleh sales man.

-Survey dahulu kedai kereta yang anda hendak beli
Perkara pertama yang anda pelu lakukan ialah, survey dahulu kedai use car yang anda berkenan. Jangan terus pergi dan beli je macam tu. Tengok dahulu sama ada kedai tersebut bagus atau tidak.

-Periksa keadaan kereta
Perkara kedua yang anda perlu lakukan ialah periksa dahulu keadaan kereta yang anda hendak beli tu. Seeloknya anda bawa sekali orang yang tahu mengenai kereta. Periksa enjin kereta tersebut ada keroskan yang serius atau tidak. Satu perkara lagi periksa kenderaan tersebut sama ada pernah terlibat dengan kemalangan atau tidak.

-Jangan beri duit booking
Setelah anda berpuas hati dengan kenderaan berkenaan apa yang anda perlu lakukan ialah menyerahkan dokumen untuk pinjaman bank atau intitusi kewangan. Jika sales man minta untuk anda bayar duit booking dahulu seeloknya jangan beri. Ini kerana, kebanyakan kes penipuan pembelian kereta adalah melibatkan wang booking.

-Periksa kereta sekali lagi
Selepas selesai semua proses perkara terakhir yang perlu anda lakukan ialah periksa kereta anda lagi sekali sebelum menanda tangani surat jual beli. Pastikan apa yang dijanjikan oleh sales man terbabit di tunaikan.






No comments: