Ads Here

Tuesday, 22 October 2019

5 Tempat menarik di Melaka



Bila sebut je pasal Melaka saya yakin ramai kat luar sana tu tahu mengenai sejarah kota Melaka.
Tapi Melaka bukan sahaja terkenal dengan sejarahnya tau,Melaka juga terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang harus dilawati.Hrmmm tapi apa tempat-tempat yang best di Melaka??

ha meh saya kongsikan kepada anda kat luar sana 10 tempat menarik di Melaka

1.The shore sky tower


                                          sumber:theshoremelaka.com

bagi mereka yang sukakan ketinggian atau suka suka melihat pemandangan yang cantik shore sky towerlaa tempatnya.Terletak di The Shore Shopping Gallery tempat ini sememangnya menjadi tumpuan pelancong,bukan sahaja lantainya yang diperbuat daripada kaca yang boleh lihat di bawah tetapi juga pemandangan disini juga cantik.



2.Masjid Kampung Hulu


Terletak di jalan tukang emas Masjid Kampung Hulu merupakan masjid yang tertua di Malaysia.Masjid ini masih mengekalkan seni bina asalnya iaitu seni bina cina.Masjid yang mempunyai seni bina yang bina ini kekal utuh digunakan malah masih digunakan sehingga sekarang untuk program-program keagamaan dan solat.


3.Dataran 1 Malaysia Klebang




Dataran 1 Malaysia Klebang sememangnya tempat yang ideal buat anda yang dah berkeluarga untuk beriadah dan berkelah pada waktu petang.nak tau apa uniknya dataran ni???


pada yang mempunyai anak kecil saya yakin anak-anak anda pasti tak nak balik bila sudah ke sini sebabnya sambil ibu bapa berkelah anak-anak boleh bermain dengan air pancut di tengah-tengah dataran ini.


selain itu aktiviti yang boleh anda lakukan ialah menaiki ATV menunggang kuda dan melawat muzium kapal selam.




4.Kota A famosa


A famosa sememangnya sinonim dengan Negeri Melaka malah sudah menjadi mercu tanda yang terkenal.Bagi mereka yang meminati sejarah...kota A Famosa semestinya satu destinasi wajib.di sini kita dapat lihat sisa peninggalan portugis yang masih wujud.


5.Padang Kemunting Turtle Management Centre


Pada mereka yang minat untuk melihat penyu anda tak perlu nak pergi jauh-jauh sebabnya di Melaka juga dah ada tempat pemeliharaan penyu iaitu di Padang kemunting.Dan jika nasib anda baik anda dapat melepaskan anak penyu yang baru lahir ke dalam laut.Di sini anda buka sahaja dapat melihat penyu tetapi juga anda boleh mengetahui segala maklumat tentang penyu

Negeri Melaka sebenarnya buka sahaja kaya dengan sejarahnya tetapi juga amat kaya dengan tempat-tempat pelancongannya.bagi mereka yang sedang merancang untuk bercuti Melaka boleh jadi salah satu pilihan anda

No comments: